The Writer: The Queen

The Queen

     disebalik tirai itu... seorang puteri memandang keluar jendela... membuang pandangan sejauh tercapai... biarkan meliar mata itu meratah keindahan alam... kelompok manusia yg bersepah memenuhi ruangan legar dunia menjadi jamahan mata... sudah terlalu lama dia terpuruk dalam kamar itu, sejak yg terakhir datang membawa hati pergi... ruangan itu kosong kembali... kegelapan dibiarkan memenuhi ruang kamar... biarkan... biarkan semuanya datang... sunyi, gelap, dingin... sekali lagi dia disakiti bernama manusia... entah salahnya dimana, mereka sepertinya tak mahu menerima dia... adakah kerana dia asing?
     "ktak... ktak.. ktak..." derapan kasut kedengaran memenuhi ruang sunyi kamarnya. siapa? siapa yg berani masuk ke kamar beradu sang puteri? berani utk mengganggu ketenangan puteri yg selesa dgn kegelapan ini? siapa yg berani menjejakkan kaki ke ruang gelap kamar ini? laluan luar kamar sudah cukup gelap utk menghalang sebarang langkah masuk, kali ini ada yg berani?
      si puteri berdebar menanti kelibat yang hadir di muka pintu.
      "knock... knock... knock.." bertalu-talu pintu diketuk. si puteri masih diam kaku dalam posisi tadi. debaran di dada masih terasa mencengkam. SIAPA?
      "Knock... knock... knock..." masih belum berhenti. "Kalau kau tak buka, aku buka sendiri." biadab. berani sungguh bersikap begitu. setelah beberapa lama si puteri tidak membuka pintu, pemilik suara tersebut mengotakan kata-katanya. tombol pintu dipulas. terbuka luas muka pintu, perlahan-lahan membenarkan secebis cahaya masuk. Cahaya? dari mana? laluan utama ke kamar itu sudah ditutup sumber cahayanya.
       satu jasad masuk melepasi pintu. dia kenal! selepas jasad tersebut lepasi muka pintu, jasad lain pula masuk diikuti jasad-jasad lain yg turut bersama. mereka! kenapa?
        "kau! berapa lama nk berkurung? apa yg akan berubah kalau kau terus begini?" si puteri kaku. kata-kata mereka bagaikan menikam kalbu halusnya.
       "sudahlah, yg terjadi ada sebab sendiri. Kau tahu kau lebih dari ini. This is not what u deserve." sekali lagi jasad yg mengetuk pintu bersuara lantang. gemaanya jelas kedengaran memenuhi ruang kamar yg suram. kelam cahaya lantera yg dibawa belum cukup utk menerangkan ruang kamar, tapi cukup jelas membenarkan si puteri melihat wajah jasad-jasad yg berada dihadapannya.
       "kau bercita-cita tinggi. berkurung di dalam kamar gelap ini tak mampu menjayakan cita-cita itu. kau akan biarkan mereka mati. sepi. mahu biar begitu?" jasad lain pula bersuara. cuba meyakinkan hati sang puteri yg semakin hilang keyakinannya.
       "siapa peduli aku begini?!!" si puteri membalas lantang. sakit yg tadinya sekadar calar kini semakin besar dicarik kenangan yg diulang-ulang. air mata menitis lagi. rasa seperti tidak berguna.
       "kau peduli! kami peduli! mereka peduli! yg lebih penting Dia peduli!"jasad lain pula bersuara menafikan penyataan si puteri.
       "Tipu!! itu semua tipu!!." si puteri memberontak ganas. bengang! sudahlah lukanya robek kembali, kini dirinya mahu ditipu?
       "Jika kami menipu kenapa kami disini?" jasad di hujung muka pintu bersuara perlahan. "kenapa kami lepasi kegelapan laluan ke kamarmu ini dengan susah payah? kenapa kami bawa cahaya ini kepada kamu utk menerangi ruang kamar sepimu?"
       "jangan biar deritamu buat kamu menolak cahaya kecil kami kerana ia tidak cukup besar utk menyinari kamarmu. cahaya ini jika dikumpulkan dan diletakkan diruang yg tepat, cukup utk cerahkan setiap sudut kamarmu." salah satu jasad yang sedari tadi diam membisu bersuara. serentak itu mereka berpecah mencari sudut masing-masing di dalam kamar itu. perlahan-lahan si puteri melihat ruang kamarnya kembali terang. cahaya yang sedikit yg tadinya digabung menjadi satu bila dipecahkan kini menerangi hampir seluruh ruang kamarnya. jasad-jasad itu meninggalkan lantera mereka disudut masing-masing dan menghampiri si puteri.
        "jangan biarkan derita itu berpaut lama atau kau akan terlepas peluang yg datang." salah satu daripada jasad itu menepuk-nepuk bahu si puteri.
        "peluang yg datang itu, walaupun kecil, jika dihargai dgn betul dan usaha yg secukupnya mampu ubah dunia." jasad yg lain pula bersuara.
        " seperti mana kami ubah kamarmu yg gelap, sunyi dan dingin dgn cahaya lantera kami, dgn suara-suara kami dan dengan kehangatan dari lantera yg kami bawa." tangan setiap jasad itu menyentuh bahu, lengan dan tapak tangan si puteri. terasa kehangatan menjalar meresapi kulitnya yg sejuk dengan kedinginan kamar itu sebelum ini. si puteri menangis sndiri.
        "jadilah permaisuri pada diri sndiri. ubah dunia dgn kemampuan diri sndiri. kami takkan pergi, sentiasa disisi utk memapahmu tika kamu jatuh dan utk memujimu tika kamu berjaya... kami tak akan pergi." si puteri memandang wajah mereka satu persatu sebelum tersenyum.
        "Ya aku mahu jadi permaisuri pada diri sendiri." jasad-jasad tersebut tersenyum kembali.

        Mata si puteri terbuka luas. mimpi aneh yg mendatangi dirinya tadi membuatkan dia terduduk lama diatas katil. Lama memikirkan makna disebalik mimpi tersebut. melihat jasad-jasad menyerupai dirinya mendatangi diri seharusnya menimbulkan ngeri tapi tidak kali ini. dia dinasihati diri sendiri.
        "Jadi permaisuri pada diri sndiri." si puteri berbisik perlahan sebelum tertawa sendiri. Lantas dia bangkit dari katilnya dan berdiri menghadap cermin. Hari ini dia bukan lagi puteri, tapi permaisuri yg tidak boleh dikawal lagi oleh ketakutan diri sendiri. Hari ini dia bukan lagi puteri, tapi permaisuri yg bukan lagi anak-anak yg boleh ditipu kata-kata manis duniawi. dia mahu bukti!  dan dia akan buktikan dirinya mampu jadi permaisuri sendiri... ya sendiri...




No comments:

Post a Comment

Copyright © The Writer Urang-kurai