The Writer: fiction....

fiction....


    Lya memerhati lama skrin komputernya. Mengira-gira keputusannya untuk melaksanakan rancangan yang sekian lama di simpan. Minda meragui kehendak hati kerana dia tahu bila2 masa hati boleh berubah, tapi tetap minda menuruti. Biarkan kisah fiksyen ini berpengakhiran. Cuba bertahan dalam kepalsuan adalah satu perkara sia-sia. Dia tahu. Selama ini bertahan dalam mimpi tak bertiang dia cukup terbeban. Betapa dia mahu 'si dia' tahu tapi pedulikah?
     Air mata mengalir lagi. Biarkan, ini yang terakhir jika 'si dia' benar tidak mahu. Biarkan kisah fiksyen ini temui penghujung. Jika 'si dia' enggan, dia mahu terbang pergi. Sejauh tangan itu gagal mencapai kenangan semalam untuk kembali. Penat. Lelah. Bukan benci. Tak mahu hidup dalam dendam lagi, dia cuma mahu mencapai impian lebih tinggi. Tanpa 'si dia' menemani jika tak sudi.
     Esok bila dia kembali, kenangan semalam mahu dia lemparkan senyuman. Tak mahu ingat sebarang kesakitan. Mahu pulang tanpa dendam. Penulisannya mahu diakhiri. Entahlah utk keberapa kali hati disoal minda. Tapi tekad sudah ada, mahu atau tidak biar takdir tentukannya. Dia mahu tahu siapa yang mahu. Dia mahu setia disitu. Dia mahu tahu setianya tidak sia-sia. Tidak pada yang tak layak dan tak mahu.
    Mata dipejam kejap. Nafas kembali diraih. Cuba mengawal nada. Bimbang tangisannya menghasilkan sendu yang bakal mengejutkan teman sebilik. Biarlah air mata itu mengalir sunyi, tak berbunyi. Biarkan sendiri, dia akan berhenti nanti. Mungkin. Noktah. Penulisannya diakhiri. Cukup sampai sini. Komputer ribanya ditutup. Esok dia tahu perjalanannya bakalan kosong. Tapi pulang nanti dia mahu perjalanannya diisi dengan satu tekad dihati. Yang mana tekad itu nanti, takdir yang akan beritahu.
   
10 april 2015

     "Lya cepat la nnt lambat kene tinggal bas." Suara ibu menggesa dia mempercepatkan pergerakan. Lelah pula dikejar sedemikian rupa. Di ruang tamu Ami sudah sedia menanti bersama begnya. Kedua-dua temannya bersedia menemaninya dalam perjalanan kali ini. Mahunya dia pergi sendiri, tak mahu menyusahkan sesiapa tapi itu mustahil. Jika Ami dan Saz tahu tujuan sebenar dirinya mahukah mereka menemani? 'ah hati ini menduga lagi. Sudah tentu mereka mahu. Selama ini mereka berusaha bersamamu.'
       "Jap2 lupa dompet. " Lya bersuara penat. Dia berlari masuk ke bilik untuk mengambil dompetnya. "hah ok dah siap. Jom!" Bersemangat.
       "Ko tak de lupa pape lg? " Ami meminta kepastian.
       "Haaa jap... insyaAllah tak . hahaha" Ami sekadar tersenyum.
       "Jom!" ibunya bersuara. Mereka bertolak ke stesen bas.
       "Ngah hati-hati jangan pergi merata2 jangan jalan malam2. Jaga diri." Lya tersenyum mendengar pesan ibunya. Lama tidak mendengar pesan begitu sejak dia mendapat tawaran belajar di UiTM shah alam. Dulu selalu pesan itu kedengaran menyapa telinga ketika dia ditinggalkan sementara di tempat belajar jauh dari mata. Malam ini dia mahu kembali lagi ke sana. Entah kenapa, hatinya mendesak sedemikian rupa. Sepertinya masih ada yang belum sudah dan minta diakhiri. Dulu, hati berusaha untuk lari dari situ. Hari ini, hati mahu kembali. Mungkin hati ini sudah gila. Siapa tahu?
       "InsyaAllah ma. Takde pape jadi." Lya hanya mampu tersenyum cuba menghilangkan gundah hati ibunya. Tangan ibunya disalam sejurus itu tubuh ibunya dipeluk. Dewasa tak menghilangkan itu, dia bersyukur. Dilayan seperti anak kecil, dia selesa. Ketiga-tiga mereka masuk ke dalam perut bas sambil melambai2 kepada ibu Lya.
        Lya sekadar memerhati Ami dan Saz ditempat duduk mereka. Hatinya mendukung puluhan rasa yang dia sendiri tak mengerti. Tapi dia mahu semuanya diakhiri. Dia mahu begitu. Itu suara hati. Mata dipejam rapat menjiwai suara2 yang terluah dari earphone. Tanpa sedar dia terlena. Seketika sebelum mata terbuka kembali diwaktu pagi. Earphone dibuka dan playlist di telefon dimatikan. seketika pandangan dilempar keluar sebelum seisi bas dipandang kosong. Dan beberapa wajah muncul dalam ingatan. Siapa yang akan dia temui nanti? Sekali lagi sang hati menduga. 'dah la. tido!' mindanya mendesak sesak. Mata kembali dipejam.

11 april 2015

         Sekali lagi mata terbuka. Entah pukul berapa. Dipandang keluar jendela. Destinasi mereka semakin hampir membuatkan Lya membatalkan niat untuk menyambung tidur. Tubuhnya direnggangkan. Terasa kejang seluruh urat badan. Sekelilingnya sunyi. Lama tidak merasai situasi begini. Sejak Arau bukan lagi jadi jejak kaki. Entah kenapa rindu itu hadir memecah sunyi malam. Dalam gelap dia tersenyum sendirian. Bercampur rasa antara gembira, sebak dan rindu. Bersatu. Apa nama rasa itu? Dia mahu tahu. Beberapa minit sebelum bas berhenti diperhentian Kangar Lya bangun mengejutkan Ami dan Saz yang masih lena.
          "Weh dah smpai. bangun" Ami membuka mata separuh diikuti Saz. Masing-masing mengemas barang yang ada supaya tidak tertinggal. Sejurus kaki menginjak tanah, Lya menggeliat bebas."Waaahhh selesanya. Sakit badan aku."
          Racangan diteruskan. Usai menunaikan solat subuh mereka menanti kereta sewa yang telah mereka tempah. Suasana desa memenuhi pemandangan. Tenang. Tempat pernah dia cuba lari kini dirindui.
          "Korang boleh tak aku nk mintak tolong sesuatu? Boleh kita g uitm kejap ptg ni?" Lya bersuara sedikit gundah.
          "boleh je." Ami membalas pertanyaan Lya disertai anggukan Saz. Lya tersenyum. Puas berjalan meredah sebahagian kawasan perlis mereka singgah sebentar di UiTM atas permintaan Lya.
          " kau nak g mana Lya?" Saz bertanya arah tuju.
          " Kita g tempat tinggi kat kawasan ni. Tempat tuh lawa kalu ambik gmbr. Budak2 uitm suke ambik gmbr kat situ."
          "Kau nak buat ape kat situ? Ambik gmbr?"
          "Hmm... lama tak pergi sana... aku.. nk tgk2 je.. n tunggu org."
          "kau ade janji dengan sape2?" Ami cuba mengorek rahsia.
          "tak tapi.. aku harap dia datang."
          "Kau tak janji tapi kau harap dia datang. Macam mana tuh? Dia tahu tak kau tunggu dia?" Saz juga seperti berjaya mengesan sesuatu.
          "Gambling with life. Sekejap ja kita g sana. Korg ambik gmbr. Abih kita balik la."
          "Habis tuh orang yg kau nk jumpa?"
          "It's complex. Kita g jele ek?" Lya cuba memujuk.
          "hmm." Keadaan sunyi seketika.

          "wow lama gile tak smpai sini!!! " Lya mendepakan tangan. Dari kedudukannya hampir seluruh kawasan dipintu A mampu dilihat. "sebelah sana padang kawad. Dulu aku selalu jog kat sana besh hahaha"
          "ambik gambar jom!" Saz memberi cadangan.
          "jom!!!" Senyuman menghiasi bibir Lya. Biarpun jiwanya gelisah dengan pelbagai perkara. 'Kalau awak mahu. Datanglah.' Hati Lya mendesah. Hari itu, kemungkinan ada tiga. orang yang dia harapkan hadir. Orang yang mahu dia lupakan datang atau kesemua harapannya akan dibiarkan mati. Hari ini dia mahu jadi titik akhir kisah fiksyen ini. Biar selepas ini dia bisa terbang bebas. Bebas dari sebarang kepalsuan. bebas dari sebarang penipuan. Tapi berapa lama harus dia tunggu? jam sudah menunjukkan pukul 6 petang...


No comments:

Post a Comment

Copyright © The Writer Urang-kurai